Rahsia 2023 SUBTITLE INDONESIA Film Moviepremi – sinopsis – Rahsia merupakan sebuah filem seram Malaysia 2023 arahan Shamyl Othman, manakala lakon layar ditulis oleh Alfie Palermo selaku penerbit dan dikeluarkan oleh syarikat Astro Shaw dengan kerjasama Five Star Trading dan Kuman Pictures. Filem ini merupakan filem reka semula filem bertajuk sama pada 1987 oleh ayah Shamyl, Othman Hafsham.

Filem ini dibintangi Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang Ramlah kehilangan anaknya semasa berkelah di tepi pantai secara misteri dan mula mengalami kejadian aneh menghantuinya membuatkan suaminya sendiri meragui kegilaan isterinya.Ramlah (Nabila Huda), seorang suri rumah tangga pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim (Eman Manan) sempena menyambut ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan (Fikry Ibrahim), seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina (Qistina Raisah) dan Saiful (Syed Ali Murtadha).

Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.Pihak polis yakin bahawa Saiful hilang di persisiran pantai namun Ramlah mula diganggu kelibat anaknya.Mampukah Ramlah merungkai “rahsia” disebalik kehilangan anaknya itu? Kisah yang menarik. Ya sudah ditonton saja langsung di Moviepremi.

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours