NONTON MOVIE HEAD HUNTER 2023 SUB INDO | Film Movie Adventure Drama History

0 Comments

NONTON MOVIE HEAD HUNTER 2023 SUB INDO | Film Movie Adventure Drama History – sinopsis – Headhunter 2023 dalam bahasa Melayu bermaksud pemburu kepala. Ia bukan sebuah keganasan semata-mata namun adat tradisi daripada suku kaum Iban di Sarawak sejak berabad lamanya. Ia juga merupakanlambang kepahlawanan apabila Headhunters membawa pulang kepala selepas misi serangan yang dikenali sebagai Ngayau. Mengambil latar abad ke-18, Headhunter yang ditulis, diarahkan dan diterbitkan sendiri oleh Badd Badrul akan menyaksikan kombinasi di antara fakta tentang adat tradisi dan fiksyen yang dibentuk menjadi hiburan sekaligus pengetahuan baharu buat generasi masa kini. Badd Badrul juga menyifatkan Headhunter sebagai naskhah bersifat mendidik dan berkongsi ilmu tentang adat, budaya atau tradisi yang cukup kaya di Malaysia amnya dan di Borneo khususnya. “Pahlawan Iban yang sejati bukan sahaja yang memenggal kepala tetapi yang sanggup kepalanya dipenggal, ini merupakan ‘tagline’ untuk filem ini”, kata Badd Badrul yang menjadi tunggak utama filem Headhunter sebagai Penerbit, Pengarah dan Penulis Skrip. “Naskhah ini bukan hanya bergantung kepada latar belakang tradisi Headhunter atau pemburu kepala itu semata-mata. Sebaliknya ia dipenuhi dengan pengembaraan, aksi, suspen dan pembalasan yang diselitkan bersama kisah asmara dan setiakawan yang sangat tinggi.
Kisah yang menarik. Ya sudah ditonton saja langsung di bioskopkeren.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts